1 Disember 2015 - 05:48
15 pos kawalan Saudi jatuh ke tangan Yaman

Tentera Yaman meneruskan kemaraannya ke dalam wilayah Saudi dengan menawan 15 pos kawalan tentera.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pasukan Yaman meneruskan kemaraannya ke dalam tiga lokasi di Selatan Arab Saudi dengan menawan 12
pos kawalan tentera dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Saluran televisyen al-Masira dalam laporan terkininya memberitakan kejayaan operasi tentera Yaman memusnahkan dua kereta kebal Abram, tiga kereta
kebal Bradley, tujuh kenderaan tentera dan tiga jentolak kepunyaan rejim Arab Saudi.

Sumber berita Arab Saudi turut mengaku kematian tiga tenteranya dalam pertempuran dengan askar Yaman.

Sementara itu televisyen al-Mayadeen melaporkan prajurit Yaman berjaya menawan pengkalan tentera al-Shabakah di Najran.

Riyadh memberikan reaksi dengan serangan udara di Sa'dah dan Hajjah yang berhampiran dengan sempadan Saudi.

Pakatan rejim Saudi dan 9 negara lain telah melancarkan serangan ke atas kepentingan awam di Yaman untuk menumpaskan rovolusi rakyat dan
mengembalikan bekas presiden Abd Rabbah Mansur Hadi yang telah disingkirkan.